Wednesday, April 25, 2007
Kisah Dari Penjara

Terpanggil untuk aku berkongsi cerita yang telah dihantar kepadaku mengenai peribadi seorang banduan yang telah didapati bersalah melncarkan serangan terhadap kerajaan Malaysia dan Yang Dipertuan Agong..Saudara Amin yang mengetuai Pergerakan Al-Maunah. Peristiwa ini diceritakan oleh salah seorang pegawai penjara itu sendiri..

 

FW: Forum Perdana - Kisah Benar dari Penjara Sg Buloh.

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana
sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan &
Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg
bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita
semua.
Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz
halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah
agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan
menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan
Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua
Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat
beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau
dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau
telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan
supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali
seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum
gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti
gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat
taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke
tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba
masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa
semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia
ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak
patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga
selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih
masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar
spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk
spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil
nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan
sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

WALLAH HUALAM,

Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm......

 

Daripada peristiwa ini menunjukkan yang Allah itu Maha Pengampun dan menerima taubat dari hambanya. Kita juga harus ingat bahawa tidak semua manusia yang telah didapati bersalah melanggar undang2 buatan manusia akan bersalah disisi Allah SWT. Wallahua'lam..


Posted at 4/25/2007 3:28:04 pm by abudzhareef

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 

Today is




Ubaid & Ulya

ABU DZHAREEF
shaharuddin.nawi@vads.com
Jln 36/10,Taman Koperasi Fasa 2, 68100, Batu Caves, Selangor.
5111's copyright









   





 
<< April 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



iman & 'ulya

TM Net Website
Maybank 2U
RHB Bank
KWSP
cekakhanafi.com
Pak Kaduk Ahli Strategi
Team Imperials - Waja Club
Majalah Kereta
The Wayfarers
Zedge
Home.Net
ASTRO
Lelong.Com
Acid Rain's Blog
Iming's New Blog
Muadz's Blog
Blogdrive
Ayah's Project
Exvitermini
Summon Check
Photo Bucket
E-Browse
TM Net CRM Info Board
Dayat's Fotopages
Kelate Kito
TV3
Studio Traffic
Terato.Com
Al-Quran Al-Karim
DVR Player
PayOnline
Meebo.Com
SMS Report
GMail
Mail2Web
BCB Online
Vads E-Faq
Habil's Blog
Jiwang.Org
Vads Email


Anything to search?.





You are visitor number
Educational


*Berita Harian*


Muka Depan

Berita Nasional

Berita Ekonomi

Berita Sukan

Agama

Hiburan

Komputer








 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed