 |
|
Monday, May 07, 2007
'Woods - Ulu Yam 26th April 2007 & Kelate 27th - 2nd May 2007
Huh... get back to work after a week holiday.. Alhamdulillah..I managed to present my 3rd project to Operation Director - Mr Fauzil last Friday..Eventhough got few mistakes,, but overall its ok.. Last 26th April, lecturer at IIC ada buat farewell party for one of the Dean For CMIS dept.. diaorang buat kat Ulu Yam - D'Woods ... quite nice place for family..tapi kena bayar RM 2 per person per entry.. so I kena pegi jugaklaa.. that was one day after me and family went back to Klate for about 6 days.. Oklaa semuanya berjalan lancar...

2 budak nakal tengah post baikk punyer...

Tak pasal2 jadi professional chef plak haritu..



Kelantan @ Pantai Tok Bali

Budak bando tak pernah jumpa pasir.. bila dah jumpa diaorang buat macam makanan plak..
Posted at 5/7/2007 1:37:53 pm by abudzhareef
Permalink
Wednesday, April 25, 2007
Wahai Isteri.... Insaflah...
Hayatilah apa yang terkandung di dalamnya....
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga." "Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat." "Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.""Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam -she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!
Posted at 4/25/2007 6:51:14 pm by abudzhareef
Permalink
Terpanggil untuk aku berkongsi cerita yang telah dihantar kepadaku mengenai peribadi seorang banduan yang telah didapati bersalah melncarkan serangan terhadap kerajaan Malaysia dan Yang Dipertuan Agong..Saudara Amin yang mengetuai Pergerakan Al-Maunah. Peristiwa ini diceritakan oleh salah seorang pegawai penjara itu sendiri..
FW: Forum Perdana - Kisah Benar dari Penjara Sg Buloh.
Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua. Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
WALLAH HUALAM,
Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm......
Daripada peristiwa ini menunjukkan yang Allah itu Maha Pengampun dan menerima taubat dari hambanya. Kita juga harus ingat bahawa tidak semua manusia yang telah didapati bersalah melanggar undang2 buatan manusia akan bersalah disisi Allah SWT. Wallahua'lam..
Posted at 4/25/2007 3:28:04 pm by abudzhareef
Permalink
Tuesday, April 24, 2007
Rahman's Wedding : 10th March 2007 (Kuantan, Pahang)

Selamat Pengantin Baru to my cousin Rohme..yang telah melangsungkan perkahwinan pada 10 April lalu. Semoga Berbahagia dan Kekal Keakhir Hayat.
Posted at 4/24/2007 9:56:21 am by abudzhareef
Permalink
Monday, April 23, 2007
Last Friday, just came out of my mind to say hello to my old friend (ex-mml) who currently working under the same company, VADS Berhad. Ezuddin Hasbullah.. It was quite suprised to meet him during lunch time few months ago after almost 10 years never see each other. While we were talking, he said that her mum admitted to Selayang Hospital to have an operation on kidney..if i'm not mistaken..tak ingat laa.. But surprisingly, after I read his reply this morning, he said that his mum passed away last 15th April 2007, 1.30 am. Not sure where... That email really shocked me....semoga Roh Ibunya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah...
p/s : Teringat peristiwa yang sama berlaku kepadaku.. 13 Feb 1995..saat yang tak mungkinku lupa.. Al-Fatihah To My Beloved Mum.
Posted at 4/23/2007 3:56:34 pm by abudzhareef
Permalink
Wednesday, April 18, 2007
Gambar 2 Budak Hitam Yang Nakal....



Ubaid : 3 tahun 2 bulan & Ulya : 1 tahun 8 bulan.
Posted at 4/18/2007 5:18:39 pm by abudzhareef
Permalink

Just nak cover balik all the events that happened during the time I was not able to update this blog..hehe...Happy Birthday My Dear Ubaid and my Lovely Wife.. which we celebrated together,,
Posted at 4/18/2007 5:13:26 pm by abudzhareef
Permalink
My First Own House... InsyaAllah..

Adakah rumah ini akan menjadi milik ku?? sama2 laa kita nantikan...you all must be wondering why I say so.... Just wait and see,, and doakan... right now, in loan processsing.. Not sure whether I can be approved or not.. That is depend on the BSN's long committees's decision. This house is quite nice and fully renovated with all the modern styles.. not too big but it is convenient for us to stay for the next 15 years...oklaa....Moga2 tak ade aper2 yang menghalang hajat murniku untuk memiliki rumah ini...
Posted at 4/18/2007 4:33:31 pm by abudzhareef
Permalink
Mijue's Wedding : 10th February 2007
Selamat Pengantin Baru To Miju and Lili, semoga kekal ke anak cucu... kahwin jugok akhirnya saing aku ni.. dah lama tak dengar cerito, tup, tup dah kahwin...Alhamdulillah....welcome to the club...
Posted at 4/18/2007 4:17:37 pm by abudzhareef
Permalink
24 Disember 2005 - Satu Kehilangan...

Just wanna share this picture with you guys especially ex-mmls students. This is arwah Syumie's daughter. So sorry coz I can't remember her name but she is so cute... chinese face. Just like 'arwah'. Rasa sedih bercampur sebak pun ada bila aku terjumpa his wife at Shah Alam last year. If I'm not mistaken, masa Syumie meninggal, Ifa (his wife) masa tu tgh pregnant 6 months. Right now, Ifa still doing her PHD at UiTM Shah Alam. Inilah dugaan yang perlu kita semua tempuhi suatu hari yang kita sendiri pun belum pasti... Yang pasti, yang pergi itu tidak akan kembali... Al-Fatihah...
Posted at 4/18/2007 1:14:02 pm by abudzhareef
Permalink
|
|
|
|
 |
|
 |