 |
|
Tuesday, April 17, 2007
14th April 2007 : hmmmm......


Gambar Hiasan ; hehe...some changes to my car...guess what...
Posted at 4/17/2007 3:45:08 pm by abudzhareef
Permalink
Thursday, April 12, 2007
Silat Cekak Hanafi Bersama Guru Utama Baru
Terkejut besar aku bila mendengar khabar berita tentang apa yang berlaku dengan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia sekarang ini... Lebih mengejutkan aku bila pertama kali mendengar berita ini lebih kurang 4 bulan yang lepas ialah orang yang kami sanjung selama ini yang menjadi pembimbing dan sumber rujukan telah melakukan satu kesalahan tatatertib dengan mencabul anak kepada ahli persatuannya sendiri. Itulah perkara yang aku tak boleh percaya sampai sekarang... tapi setelah lama mengkaji, membaca dan berbincang dengan rakan2 persatuan... aku dah membuat kesimpulan yang bekas guru utama dulu pun manusia seperti kita yang mempunyai seribu kelemahan. Hendak dikatakan beliau tak akan buat perkara itu adalah perit untuk dituturkan tetapi tak mustahil beliau tak boleh buat. Md Radzi yang dulunya dihormati dan disegani sekarang sudah hilang pengaruh serta kepercayaan dari ahli persatuan dek kerana meletakkan nafsu diatas segala-galanya. Yang paling menyedihkan ialah... kawan karib dahulunya dah berpecah dan tidak sehaluan lagi.. Peristiwa ini telah mengubah nasib Silat Cekak Hanafi kepada zaman kepincangan seperti zaman Ishak Itam dulu... Alhamdulillah, seteleh setahun menderita dek perlakuan manusia yang pendek akal seperti bekas guru utama dahulu. Silat Cekak Hanafi sekarang ini mempunyai Guru Utama yang baru, tahniah buat YM Marwi B Latif diatas perlantikan ini... Moga2 YM dapat membawa Persatuan yang dicintai ini kelandasan sebenar dengan didikan yang bertunjangkan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai pegangan. InsyaAllah kita tidak akan sesat lagi... Hidup CEKAK HANAFI.
Posted at 4/12/2007 6:24:44 pm by abudzhareef
Permalink
Arkhh....lamanya tak update blogni...
Almost 6 months I didnt update my blog... sekejap jer rasa masa berlalu.. perkembangan sekarang... tak de aper yg berkembang... except my perut semakin maju kedepan dan anak2 ku semakin menbesar dan semakin nakal. Oh ya.. my career... since January this year, Alhamdullillah I was selected to be part of the VADS Management Trainee Program for 6 monhs. After 6 months, I will be assigned one project under me.. future manager laa dengan kata lain nya.. InsyaAllah.. moga2 ianya menjadi kenyataan. We call it SABIT... Special Action Business Improvement Team ...during this 6 months training, i will be assigned to 6 different dept and after end of every month, I need to present my project to the management. That's about my career growth.. still on track. Alhamdulillah juga, me and my wife is currently in the process of buying our first house at Taman Koperasi Fasa 2, that cost about RM 210K....Kalau tak de aper2 aral melintang, dalam 2 3 bulan lagi kami akan pindah laa kerumah baru tu... Insya Allah. Doakan kami agar tak der masalah disepanjang process pembelian rumah ni...baru tahu.. buying a house is not that easy as we thought... susah yang amatlaaa... dan kena bersedia dengan fulus yg begitu lebat agar segala tindak tanduk anda tidak akan terhenti dek kerana enggak ada ongkos nyaaa.... huh... ok that's about my latest update.. Insya Allah, will try to find a time to jote down to this blog... Azam barulaa konon.. trylaaa... See You Again.
Posted at 4/12/2007 6:02:19 pm by abudzhareef
Permalink
Saturday, September 23, 2006
Bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjelang.. bersama-samalah kita berazam untuk meningkatkan lagi amal kita disepanjang bulan yang mulia ini. Moga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang sebelumnya. Insya Alah kita sama-sama mengimarahkan malam-malam kita dengan Solat Terawih, Solat Tahajjud dan membaca Al-Quran.
Ibadah Puasa
Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Lafaz Niat
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
Dalil Wajib puasa
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:
Al-Quran: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
Hadis: Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar daripada Islam)
Syarat wajib puasa
Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:
1. Islam : Tidak diwajibkan kepada orang kafir. 2. Baligh: Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa 3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila. 4. Berkemampuan: Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.
Syarat-syarat sah puasa
Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:
1. Islam: Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal 2. Berakal: Orang Gila tidak sah puasanya 3. Suci daripada nifas dan haid 4. Masuk waktu puasa 5. Berniat pada setiap malam: Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan. 6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa 2. Niat 3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
Hikmah Puasa
Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya: 1. Menandakan kesyukuran kepada Allah 2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya. 3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain 4. Meningkatkan kesihatan diri. 5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat. 6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.
Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia
2. Bulan penuh berkat Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka. "Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.
3. Bulan Penghapusan dosa Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar
Posted at 9/23/2006 2:42:44 pm by abudzhareef
Permalink
How Do I Look ??? Nice...
22nd Sept 2006.... dek kerana tayar ketaku dah agak kritikal.. terpaksalah aku menukar tayar yang baru memandangkan nanti nak jalan jauh nanti nak balik kampung raya.. Keselamatan mesti diutamakan.. takpe habis duit sikit..yang penting selamat... ceh.. is that a good reason for you to change your tyre? yeah I believe its true.. But that's not a good reason for your to change a new tyre + 17" Sport Rims. Yeah I know... tapi dah lama dah aku mengidamkan rims yg besar sikit for my Waja.. My wife also mad at me...hehe ..apala membazir jer.. tapi dalam hati dia nak gak keta dia cantik... hehe sorry Sayang.. takpela kali ni jer.. pasni tak de dah.. hehe bleh caya ker?? Insya Allah.. Tak tahula aku ni ade masalah sikit when it comes to keta... tak leh tahanlaa... sama jugak with my wife... hehe dia kalu gi shopping.. mesti tak banyak, sikit, dia mesti beli baju kat anak-anak dia.. sampai berlambak-lambak dah baju raya kat anak-anak dia.. Susah nak control gak dia bila dia gi shopping. Berbelanja tak salah, tapi kalau sampai keutamaan diletakkan dibelakang, itu salah.. yang penting berbelanja dengan Otak , bukan dengan Nafsu.. ceh!!



Posted at 9/23/2006 1:40:11 pm by abudzhareef
Permalink
Wednesday, September 20, 2006
WEC 7687 Masuk Wad - Disyaki Barah Otak..13th Sept 06.
Beginilah nasib motorku yang terpaksa masuk hospital untuk menjalani pembedahan secara menyeluruh membabitkan penukaran semua organ2 badannya seperti Piston, Rod, Blok, Clutch, head, or dengan kata lainnya overhault. Tula tuan dia buat derk jer bila piston ring bunyi sikit.. sampai la batang rod menghasilkan bunyi yg begitu mengasyikkan. Baru tuan kalut nak hantar bengkel.. daripada hanya RM 120.00 jer, tak pasal2 RM 420.00 melayang. huhu... dah botak kapala bulanni..



Posted at 9/20/2006 7:43:23 pm by abudzhareef
Permalink
Happy Birthday Nur Dzhafeera 'Ulya 1st
Dah setahun dah anak dara aku sorang ni.. gigi pun 4 batang... tahap kebuasan tu masih terkawal... berjalan tak boleh lagi tapi kalu merangkak tu ..tup tup dah hilang... baru nak bertatih.. Ulya ni slow sikit compare dengan Ubaid dulu (12 bulan dah boleh jalan). Takpe slow and steady. Hari tu aku ada la buat majlis sikit jemput kengkawan and close relatives. Nasi dagang seperti biasa menjadi hidangan favouriteku..Sebonarnyo nak sambut my birthday sekali.. it was on 14th August and Ulya's was on 11th August.


Posted at 9/20/2006 3:43:27 pm by abudzhareef
Permalink
IIUM Holding Family Day 2006 @ Desa Water Park.
This is the first time aku pegi Desa Water Park, tu pun because of this family day. Yela my wife dah jadi IIUM family. So they had the family day kat tempat yang fun sikit.. Seronok gak especially bila bawak Ubaid and Ulya main air.. bukan main gembira lagi diaorang.. Ubaid main sampai hangus kulit...hitam sekejap..termasuklaa ayah dia..




Posted at 9/20/2006 12:37:02 am by abudzhareef
Permalink
Monday, September 04, 2006
Drift... sukan yg agak baru di Malaysia..baru lebih kurang 2 tahun.. tapi sekarang ni dah agak popular di negara ini. Tapi takde la setanding Jepun.. kat Malaysia, ramai lagi pakai keta buruk cam KE 70, Nissan Bluebird dan banyak lagi model old school.. Tapi enjin jangan tanyalaa.. paling lekeh pun RB20DET, power tu enjin tu..Tapi kalau kat Jepun, keta2 camni mana diaorang layan.. dah buat tukun dah.. Aku memang minatlaa tengok sukan yg agak baru bagi aku.. yg aku tahu.. layan Need For Speed Underground jer... nak ada keta drift.. lambat lagi kot... org yg ada budget besar blehlaa join this sport.. If I'm not mistaken.. kos sekali turun drift for competition takes about RM 500 to RM 1000.. tu pun kira tayar second hand dah.. kalau tayar baru... botak kapala beb... Hari sempat gak gi tengok kat UIA in conjunction with IIUM Convocation Fiesta 2006.



Future Drifter...hehehe

Keta member ofis - power gak la dia..
Posted at 9/4/2006 6:15:35 pm by abudzhareef
Permalink
Friday, September 01, 2006
Merdeka @ Vads KPV - 25th August 2006
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!... itulah laungan yg selalu kita laungkan menjelang tibanya 31 Ogos setiap tahun.. muda mudi begitu 'galak' melaungkan merdeka tanpa mengenal apa itu erti kemerdekaan yg sebenar. Adakah kita sekarang ni benar2 merdeka??? dengan pelbagai penjajahan yg berlaku terhadap masyarakat kita sekarang ini.. samada penjajahan minda, budaya dan banyak lagi masalah sosial yang melanda masyarakat kita.. adakah ini yg dinamakan kemerdekaan..???Kalau itulah kemerdekaan yang dimaksudkan, maka lambat laun masyarakat kita akan menuju zaman kehancurannya kelak...Bersempena untuk menghargai Hari Kemerdekaan, Vads KPV pun tidak ketinggalan untuk meraikan Hari yang penuh bersejarah dalam kalendar tahunan kita.

I'm so proud to be Klatenis




Manusia terkuat Vads KPV
Posted at 9/1/2006 5:38:50 pm by abudzhareef
Permalink
|
|
|
|
 |
|
 |